Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Debut Ke-10, Kim Goeun Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat

Sambut Ulang Tahun Debut Ke-10, Kim Goeun Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat

Sempena meraikan ulang tahun debut ke-10, Kim Go-eun merancang untuk berjumpa dengan peminatnya.

Pada 8 September, Kim Go-eun telah mengumumkan bahawa dia akan mengadakan acara perjumpaan bersama peminat pada Oktober ini ‘Go Eun: come in closer’, bagi menyambut ulang tahun debut ke-10nya.

Agensi Kim Go-eun berkongsi,

Sila hantar Kim Go-eun apa yang anda mahu lihat, dengar dan rasai di mesyuarat peminat Kim Go-eun, seperti cerita, lagu, tarian dan permainan yang anda ingin kongsi di pertemuan peminat. Sila hantar Kim Go-eun fikiran dan idea anda tentang perkara yang boleh menjadikan ulang tahun ke-10 pelakon Kim Go-eun lebih bersinar.

kim goeun

Untuk pengetahuan, pertemuan peminat Kim Go-eun ‘Go Eun: come in closer’ bakal diadakan pada 15 Oktober ini.

Sekadar info, Kim Go-eun sedang membintangi drama “Little Women” yang mengisahkan tentang adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Ia disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad menerusi Netflix.

Seronoknya dapat jumpa Kim Go-eun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...