Ikuti Kami:

Raih Pujian Hebat Dalam 2 Episod Sahaja, Episod Awal ‘Little Women’ Catat Rating Tinggi

Raih Pujian Hebat Dalam 2 Episod Sahaja, Episod Awal ‘Little Women’ Catat Rating Tinggi

Nampaknya ada drama baru buat semua peminat K-Drama yang tengah buntu nak menonton cerita apa sekarang ini.

Sinopsis

Untuk pengetahuan, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea.

Penuh misteri

[Amaran SPOILER]

Oh In-joo (Kim Go-eun) terpaksa melalui masa yang sukar hanya kerana baik dengan Jin Hwa-young (Chu Ja-hyun), yang disisihkan oleh rakan pejabatnya. Sering menghabiskan masa yang sama, wanita itu terus terkesan apabila terjumpa mentornya tersebut mati menggantungkan diri.

tvn little women

Lebih mengejutkan apabila si mati meninggalkan wang sebanyak 70 bilion won buat Oh In-joo dan memintanya supaya membelanjakan buat kesenangan adik-adiknya. Walau bagaimanapun, keadaan kian berbelit apabila wang itu dikatakan disonglap dari syarikat dan ianya menjadi buruan bos mereka kini dengan Oh In-joo sebagai suspek utama.

Dengan bantuan Choi Do-il (Wi Ha-joon), Oh In-joo mula menjejaki misteri di sebalik kematian wanita tersebut yang mungkin berkaitan dengan bosnya, Shin Hyun-min (Oh Jung-se) di mana lelaki itu mungkin benar merupakan selingkuhan Jin Hwa-young dan dalang sebenar di sebalik kematian itu

Walau bagaimanapun, tekaan mereka meleset apabila Shin Hyun-min mati mengejut dalam kemalangan selepas memberitahu bahawa ada ‘orang atas’ yang berkuasa dalam hal ini.

tvn little women

Rating tinggi

Menggantikan tempat “Alchemy Of Souls”, “Little Women” memaparkan prestasi menakjubkan apabila mencapai 6.4% untuk episod pertama sebelum menaik ke 7.7% dalam episod seterusnya.

Rekod hebat ini membuktikan bahawa drama arahan Kim Hee-won ini sekali lagi mencipta fenomena selepas wanita tersebut mencipta kejayaan dengan “Vincenzo” pada tahun lalu.

Rata-rata penonton memuji drama berkenaan yang berjaya menarik perhatian dari dua episod awal sahaja. Malah ia dikatakan sempurna dari sudut pengarahan, plot, lakonan dan gabungan genre.

Best tak episod awal? Boleh tonton di Netflix tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...