Setelah lama tidak aktif sebagai kumpulan, EXID nampaknya akan bertemu dengan peminat tidak lama lagi.
Pada 9 Ogos, EXID telah mengumumkan bahawa mereka akan bersatu kembali, bagi meraikan ulang tahun debut kumpulan yang ke-10 pada 13 Ogos ini.
Untuk pengetahuan, EXID akan berkumpul dalam siaran khas ‘WE ARE EXID’ menerusi Naver NOW. Kumpulan itu dijangka akan mengimbas kembali kenangan kumpulan sepanjang 10 tahun lalu, dan turut akan melakukan persembahan secara langsung, memberikan kenangan istimewa kepada peminat yang merindukan EXID.
https://twitter.com/exidglobal_/status/1556578505407750147
Walaupun ahli pada masa ini adalah sebahagian daripada agensi yang berbeza, mereka tetap memutuskan untuk berkumpul bersama bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada peminat yang setia menyokong mereka.
Jangan lupa tonton reunion EXID menerusi Naver NOW pada 13 Ogos nanti jam 9PM!