Macam tak percaya kan Han Hyo-joo sudah pun mencecah usia 36 tahun kini?
Pada 22 Februari hari ini, Han Hyo-joo telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 dan dia turut berkongsi fotonya sedang bergambar dengan kek serta hadiah yang dihantar oleh peminat.
Pelakon itu turut meluahkan rasa syukurnya dengan menulis,
Terima kasih kerana meraikan hari lahir saya.
Saya akan cuba menjadi orang yang lebih baik dan pelakon yang lebih baik.
Terima kasih, terima kasih, saya cinta awak.
View this post on Instagram
Selain itu, meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis turut meninggalkan ucapan hari jadi buat pelakon itu seperti Kim Go-eun dan Han Ji-min. Manakala Park Ji-hu, Lee Kwang-soo serta Shin Hyun-been dilihat menekan butang ‘like’ di entri berkenaan.
Selamat hari jadi Han Hyo-joo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily