Ikuti Kami:

“Karya Agung” – Han Hyojoo & Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

“Karya Agung” – Han Hyojoo & Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

Kim Yoo-jung memang tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon wanita paling cantik di Korea Selatan.

Terbaru, Kim Yoo-jung telah berkongsi beberapa foto baru di laman Instagram untuk teaternya “Shakespeare in Love”.

Menerusi foto yang dimuat naik, pelakon wanita itu tampil memakai gaun putih untuk wataknya sebagai Viola de Lesseps dalam teater tersebut, memaparkan keanggunannya bak seorang puteri.

Bukan sahaja peminat, malahan rakan pelakon lain turut terpegun melihat kecantikan Kim Yoo-jung. Khususnya, Roh Yoon-seo menulis komen di entri tersebut,

Awak adalah karya agung.

Selain itu, Han Hyo-joo turut meninggalkan komen sokongan dengan emotikon ‘love’, menunjukkan cintanya terhadap pelakon berumur 24 tahun itu.

Dalam pada itu, teater “Shakespeare in Love” ialah adaptasi dari filem 1998 dengan nama yang sama. Ia mengkuti William Shakespeare muda ketika dia memulakan perjalanannya sebagai seorang penulis. Kemudian, dia bertemu Viola, anak perempuan seorang bangsawan yang berpakaian seperti lelaki untuk menghadiri uji bakat teater. Pelakon lain yang akan turut sertai teater ini adalah Chae Soo-bin, Jung So-min, Lee Sang-yi, Kim Sung-cheol dan ramai lagi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...