Ikuti Kami:

“Dia Boleh ‘Stop’ Diet” – Kongsi Foto Baru, Badan Kurus Kim Yoojung Jadi Bualan Netizen

“Dia Boleh ‘Stop’ Diet” – Kongsi Foto Baru, Badan Kurus Kim Yoojung Jadi Bualan Netizen

Kim Yoo-jung memang tidak dinafikan adalah salah seorang selebriti wanita paling cantik di Korea Selatan.

Baru-baru ini, Kim Yoo-jung telah berkongsi beberapa foto baru di laman Instagram peribadinya, memaparkan kecantikannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Bagaimanapun, netizen perasan bahawa pelakon itu kelihatan seperti dia kehilangan banyak berat badan dek penampilannya kini.

Khususnya dalam salah satu foto yang dikongsi, pelakon wanita itu ‘selfie’ dengan memakai baju hitam yang menampakkan tulang di bahu dan lehernya.

Dalam foto lain, Kim Yoo-jung menggayakan gaun putih yang menonjolkan pinggang rampingnya dan bahunya yang cantik.

Meski tampil anggun dan manis, ada netizen yang memberi komen mengenai tubuh badan pelakon itu:

Dia cantik walaupun nampak kurus.

 

Dulu dia comel kerana dia mempunyai pipi tembam.

 

Saya rasa dia boleh berhenti untuk diet sekarang.

Kim Yoo-jung macam mana pun tetap cantik la~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...