Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Ke-35, Lee Minho Tayang Lambakan Hadiah Dari Peminat

Sambut Hari Jadi Ke-35, Lee Minho Tayang Lambakan Hadiah Dari Peminat

Pelakon kegemaran ramai Lee Min-ho telah membuktikan popularitinya yang luar biasa.

Pada 22 Jun semalam, Lee Min-ho telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35, disambut meriah oleh peminat.

Menghargai kasih sayang dari penyokongnya itu, pelakon itu telah berkongsi fotonya sedang berdiri di antara lambakan hadiah yang hampir memenuhi satu ruangan bilik. Banyak betul tau!

lee minho

Lee Min-ho turut meluahkan rasa terima kasihnya pada peminat dengan menulis di Instagram,

terima kasih minoz (nama kelab peminat) saya sangat gembira hari ini 😘😘 pergi ke angkasa🔥

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama pelakon itu menerima hadiah sebanyak itu. Pada hari jadinya sebelum ini, Lee Min-ho juga pernah berkongsi foto jumlah hadiah yang banyak, dikirim untuknya dari peminat.

Melihat lambakan hadiah yang diterima Lee Min-ho dari peminat seluruh dunia pada setiap tahun hari lahirnya, terbuktilah bahawa selebriti itu kekal menjadi pelakon kegemaran ramai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...