Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Ke-26, Rosé BP Hadiahkan Lagu Cover ‘Until I Found You’ Buat Peminat

Sambut Hari Jadi Ke-26, Rosé BP Hadiahkan Lagu Cover ‘Until I Found You’ Buat Peminat

Meski dalam jadual sibuk kini, BLACKPINK sering berusaha untuk melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan peminat.

Untuk pengetahuan, pada 11 Februari hari ini, Rosé telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26.

Ingin membalas kembali jasa peminat, ahli BLACKPINK itu telah melancarkan lagu cover “Until I Found You” nyanyian asal oleh Stephen Sanchez, di saluran YouTube peribadinya.

Selain itu, Rosé turut menulis di laman Instagram,

Nyanyian saya untuk lagu yang paling ‘sweet’, ‘Until I Found You’ telah keluar di YouTube..💗

Terima kasih kepada semua orang yang memberikan ucapan hari jadi ke-26 tahun pada saya. Saya sayang awak sangat.

Dengarkan lagu “Until I Found You” nyanyian Rosé di atas!

Selamat hari jadi Rosé!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...