Ikuti Kami:

“Sila Berlatih..” – Kongsi Yakin Berlakon Drama Genre Aksi, Jisoo BLACKPINK Dikritik Netizen

“Sila Berlatih..” – Kongsi Yakin Berlakon Drama Genre Aksi, Jisoo BLACKPINK Dikritik Netizen

Selepas “Snowdrop”, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Ji-soo BLACKPINK akan kembali dengan drama baru, kan?

Baru-baru ini, majalah GQ Korea telah melancarkan video temu bual bersama Ji-soo, di mana ahli BLACKPINK itu menjawab beberapa soalan.

Khususnya, ada soalan yang meminta Ji-soo untuk memilih sama ada dia ingin berlakon dalam projek bergenre komik atau wira aksi pada masa akan datang. Respon idola itu,

Saya akan memilih genre wira aksi. Pengarah seni mempertahankan diri di sekolah aksi pernah berkata bahawa saya nampaknya mempunyai bakat untuk aksi. Saya tidak pasti dengan cara apa, tetapi itulah yang dia katakan.

Tambahnya lagi,

Juga untuk Taekwondo, saya mempunyai tali pinggang putih. Saya boleh melakukannya dengan baik!

jisoo blackpink

Meskipun Ji-soo yakin untuk mencuba projek bergenre aksi namun, ada juga netizen yang berpendapat bahawa idola itu masih perlu banyak praktis kemahiran lakonannya. Antara komen yang ditulis,

Apa yang awak perlukan bukanlah keyakinan tetapi adalah latihan.

 

Dia berkata bahawa dia yakin dalam lakonan aksi hanya kerana dia mempunyai tali pinggang putih dalam Taekwondo?

 

Jangan hanya yakin, sila banyakkan latihan berlakon.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Ji-soo,

Bukankah dia hanya mengatakan bahawa dia akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang? Apa yang perlu dibenci?

 

Sudah tentu dia akan mengatakan bahawa dia yakin, adakah awak mahu dia mengatakan bahawa dia tidak dapat melakukannya?

 

Lakonan Ji-soo dalam ‘Snowdrop’ memang bagus untuk orang kali pertama berlakon. Sila beri dia peluang.

jisoo blackpink

Ji-soo berlakon best la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...