Selepas pemergian Moonbin, ahli ASTRO yang lain nampaknya terus setia menjaga adiknya, Moon Su-a.
Pada 9 September, Moon Su-a telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dan turut disambut bersama San-ha, iaitu rakan sekumpulan mendiang abangnya.
Menerusi foto yang dikongsi San-ha di Instagram, lelaki itu menulis ucapan,
Selamat hari lahir Sua 199999.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, netizen rata-rata terharu dan bersyukur pada San-ha yang menjadi abang kepada Moon Su-a dan membahagiakannya.
- Terima kasih San-ha kerana buatkan Moon Su-a gembira.
- Terharu tengok San-ha jaganya seperti seorang abang.
- Semoga Moon Su-a sentiasa bahagia.
- San-ha abang terbaik.
Mesti Moonbin pun tenang je tengok adik dia bahagia.