Ikuti Kami:

Sambil Travel Sambil Cari Duit Lebih, Ini 3 Pekerjaan Di Korea Buat Warganegara Luar

Sambil Travel Sambil Cari Duit Lebih, Ini 3 Pekerjaan Di Korea Buat Warganegara Luar

Sebenarnya tidak mudah bagi orang bukan warganegara Korea untuk dapatkan pekerjaan di negara ini.

Oleh sebab itu, KimchiDaily nak kongsikan 3 pekerjaan yang boleh dimohon bagi sesiapa yang mempunyai visa sah.

Cara paling mudah untuk bekerja

Cara paling mudah untuk mendapatkan pekerjaan sebagai warga asing di negara ini adalah dengan memiliki visa siri F. Hal ini kerana, dengan memiliki visa siri F, korang tidak lagi memerlukan apa-apa visa yang lain untuk membuktikan kelayakan sesuatu pekerjaan kerana sebenarnya sangat susah untuk bekerja di sini.

pekerjaan untuk orang luar di korea

Malangnya, mendapatkan visa itu bukanlah sesuatu yang mudah. Melainkan korang berkahwin dengan orang Korea. Jadi walaupun ini cara paling mudah untuk mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan, ianya bukan menjadi pilihan utama.

Di bawah ini KimchiDaily kongsikan antara 3 kerja yang mudah untuk dipohon:

Penghibur 

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa warga Malaysia yang sudah berjaya mencipta nama sebagai penghibur di Korea Selatan. Antara rakyat Malaysia yang berjaya mencipta nama dalam seni hiburan Korea ialah pempengaruh, Sabrina Azhar. Dia merupakan rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran ke Korea. Mempunyai kemahiran fasih berbahasa Korea, dia baru-baru ini berjaya mendapat tempat untuk berlakon dalam sebuah K-Drama.

pekerjaan untuk orang luar di korea

Sementara itu, korang tidak boleh sesuka hati memohon pekerjaan ini jika tiada visa E-6. Visa E-6 akan diberikan kepada mereka yang ingin terlibat dalam aktiviti seni seperti persembahan, filem, penyiaran, penulisan lagu, gubahan, lukisan, fotografi, tarian, persembahan, sukan (termasuk e-sukan), model dan pelakon semasa menetap di Korea selama lebih daripada 90 hari.

Pelayan restoran

pekerjaan untuk orang luar di korea

Kerja ini banyak dimohon oleh pelajar luar negara di sana. Hal ini kerana, mereka tidak perlu menghadapi proses yang rumit untuk bekerja. Hanya perlu tunjuk visa pelajar malah, jika korang mempunyai visa percutian korang juga boleh memohon untuk bekerja sebagai pelayan restoran di mana-mana kedai.

Guru Bahasa Inggeris

pekerjaan untuk orang luar di korea

Tidak mudah untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di Korea bagi orang luar. Sebelum memohon, pastikan korang mempunyai sijil ijazah yang sah dan juga visa E-2. Visa E-2 ialah dokumen sah yang diperlukan untuk bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Korea Selatan. Dalam pada itu, Visa E-2 ini ialah visa khusus untuk individu yang datang ke Korea untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.

Korang nak cuba tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...