Ikuti Kami:

Sama Penggambaran ‘The Season Of Kokdu’, Im Soohyang Titip Ucapan Buat Mendiang Lee Jihan

Sama Penggambaran ‘The Season Of Kokdu’, Im Soohyang Titip Ucapan Buat Mendiang Lee Jihan

Rata-rata peminat K-Drama masih lagi meratapi kematian Lee Ji-han dek tragedi maut di Itaewon.

Terbaru, Im Soo-hyang turut memperingati kematian lelaki itu di mana dia merupakan antara pelakon drama “The Season Of Nokdu” bersamanya.

Ji-han, awak perlu pergi ke tempat yang lebih baik dan berbahagia.

Semalam, saya menjalani penggambaran bersama awak sepanjang hari tapi selepas mendengar berita itu, kami berkumpul di pusat pengebumian tanpa berkata apa-apa untuk masa yang lama. Saya tahu betapa keras awak bekerja dan awak mahu lakukan yang terbaik. Saya tak boleh percaya, hanya mampu sedih dan tak boleh terima melihatkan awak pergi dahulu ketika baru bermula.

Ibu bapa awak memegang tangan saya dan berkata awak pulang ke rumah dan bercerita mengenai saya yang memuji awak.

im soohyang lee jihan

Dalam pada itu, Im Soo-hyang turut berjanji akan melakukan yang terbaik sehingga penggambaran drama ini tamat bersama pasukan produksi.

Terlalu awal dia pergi..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...