Nampaknya ramai masih berkabung dek tragedi yang menimpa pengunjung sambutan Halloween di Itaewon baru-baru ini.
Malah industri hiburan Korea turut bersedih apabila salah seorang pelakon baru meningkat naik iaitu Lee Ji-han turut menjadi mangsa korban kejadian tersebut.
Namgoong Min yang berada di bawah naungan agensi yang sama dengan mendiang turut memuat naik entri bagi memperingati mangsa Itaewon itu,
Hati saya berasa berat. Saya menyampaikan ucapan takziah buat Itaewon.
View this post on Instagram
Ucap agensi 935 Entertainment menerusi laman Instagram rasmi mereka,
Lee Ji-han merupakan seorang yang peramah dan baik dengan semua orang. Dia sangat ceria dan naif sampaikan dia sering tersenyum lebar. Kami tak percaya yang kami tak boleh melihatnya lagi.
Sambungnya,
Kami akan mengingati penampilan pelakon yang bersinar dengan cantik dek keghairahan untuk berlakon. Sekali lagi, kami memberikan ucapan takziah.
Salam takziah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.