Ikuti Kami:

“Salah Saya” – Kwak Dowon Ditangkap Atas Kesalahan Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

“Salah Saya” – Kwak Dowon Ditangkap Atas Kesalahan Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Kwak Do-won kini di bawah pengurusan polis akibat kesalahan jalan raya.

Baru-baru ini, pelakon, Kwak Do-won ditangkap polis akibat memandu di bawah pengaruh alkohol. Balai Polis Jeju telah berkongsi bahawa dia sah di bawah pengaruh alkohol selepas dia didapati tertidur di tengah jalan raya. Menurut kenyataan yang diberikan oleh polis, mereka menerima laporan terdapat sebuah kereta yang tidak bergerak, dan menimbulkan situasi yang menyusahkan banyak pihak.

Kuantiti alkohol dalam darah Kwak Do-won juga didapati berada di paras yang tinggi dan ia telah menyebabkan lesen memandunya ditarik semula. Pelakon itu juga telah mengakui tindakannya dan mengakui bahawa dia memandu sejauh 10 kilometer dalam keadaan mabuk. kwak dowonAgensinya, MADA Entertainment juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi ikutan isu tersebut.

Kami amat memohon maaf atas kejadian memalukan ini berlaku. Tanpa mengira sebabnya, tiada ruang untuk memberi alasan, Kwak Do-won dan agensi kami menyedari sepenuhnya tanggungjawab kami.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada ramai pihak yang telah menyokong Kwak Do-won, dan kami dengan tulus memohon maaf sekali lagi kerana menimbulkan kekecohan. Kami akan segera memikirkan cara untuk menebus semula ganti rugi kepada yang terlibat dan yang bekerja bersama-sama dengan Kwak Do-won, seberapa banyak yang kami boleh. Sekali lagi, kami memohon maaf. 

Hm, benda pun dah jadi…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...