Ikuti Kami:

Yoo Jitae, Kwak Dowon, Lee Beomsoo & Lee Minjung Bakal Terajui Drama ‘Villains’

Yoo Jitae, Kwak Dowon, Lee Beomsoo & Lee Minjung Bakal Terajui Drama ‘Villains’

Baru-baru ini, satu kenyataan dikeluarkan dimana drama Korea terbaru akan disiarkan pada tahun hadapan yang membariskan barisan pelakon-pelakon hebat!

Yoo Ji-tae, Kwak Do-won, Lee Beom-soo dan Lee Min-jung telah disahkan bakal menjadi teraju utama siri drama TVING, “Villians”. Drama bersiri “Villains” ini mengisahkan mengenai satu konfrontasi berdarah yang berlaku antara penjahat yang melibatkan bil palsu yang sangat berkualiti tinggi.

Yoo Ji-tae yang membawa watak “J” merupakan seorang perancang jenayah yang sangat bijak. Dia mempunyai kadar kehebatan 100% dalam jenayahnya. J dengan bangganya memanggil setiap jenayahnya sebagai karya agung.

Watak Jang Joong-hyeok yang bakal dilakonkan oleh Kwak Do-won ialah seorang detektif yang korup dan obses dengan wang. Menggunakan statusnya sebagai detektif, dia mengambil rasuah daripada orang dan merampas wang daripada pencuri.

Cha Ki-tae lakonan Lee Beom-soo yang pernah bekerja sebagai ketua pasukan jenayah kewangan di National Intelligence Service (NIS) tetapi dia tidak lagi memegang jawatan itu. Disebabkan jenayah yang dirancang J, yang berlaku 5 tahun lalu, kehidupan Cha Ki-tae telah menjadi kucar-kacir. Cha Ki-tae bakal berentap dan terus menjejaki lelaki yang dikenali sebagai J.villains                                                                                                         Disebabkan jenayah yang dirancang J dari 5 tahun yang lalu, kehidupan Han Soo-hyun yang dilakonkan oleh Lee Min-jung, telah musnah sepenuhnya. Setelah itu, dia belajar teknik membuat bil palsu daripada tempat bertapa “Yang”. Dia kini penghasil bil palsu terbaik. Dia menunggu saat terbaik untuk dia boleh membalas dendam pada J.

Macam menarik kan watak-watak yang akan dilakonkan oleh mereka? Semestinya hasil lakonan mereka akan berjaya meninggalkan kesan nanti.

Kita sama-sama nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...