Ikuti Kami:

“Salah Pilih Pelakon” – Jadi Punca Rating Rendah? Lakonan Park Jihyun Dalam ‘Flex X Cop’ Dikritik Penonton

“Salah Pilih Pelakon” – Jadi Punca Rating Rendah? Lakonan Park Jihyun Dalam ‘Flex X Cop’ Dikritik Penonton

Transformasi lakonan Park Ji-hyun telah memudaratkan prestasi kerjayanya.

Park Ji-hyun sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia telah menambah berat sebanyak 7kg dan memotong pendek rambutnya untuk menjadi detektif di dalam “Flex X Cop”. Namun begitu, dia sekali lagi telah menjadi topik kritikan hangat kerana prestasi lakonannya yang teruk.

Dengan ekspresi wajahnya yang sering bermasam muka dan sentiasa marah di dalam drama itu, penonton telah meluahkan rasa kecewa mereka kerana pelakon wanita tersebut seolah-olah telah mengganggu prestasi watak Ahn Bo-hyun yang sentiasa memainkan peranan aktif sebagai detektif dalam “Flex X Cop”.

park-jihyun

Malah, Park Ji-hyun  juga dikatakan tidak dapat menyakinkan penonton dengan watak yang dibawanya dan menjadi salah satu punca mengapa drama itu mendapat rating rendah iaitu sebanyak 6.3%.

Memegang watak sebagai pelakon wanita utama merupakan satu tanggungjawab yang besar, jadi rata-rata netizen telah berasa kecewa kerana Park Ji-hyun tidak dapat melakonkan watak tersebut dengan sebaiknya serta merasakan bahawa pengarah drama itu seakan-akan telah salah memilih pelakon.

Korang yang dah layan drama ni rasa okay ke tak lakonan dia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...