Wah, menarik!
Pada 15 November, drama terbaru SBS yang akan datang iaitu “Chaebol X Detective” telah mengesahkan bahawa watak utama bagi drama ini akan dilakonkan oleh Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun.
Mempunyai naratif yang mengujakan seperti drama “Taxi Driver” dan “One Dollar Lawyer”, drama “Chaebol X Detective” mengisahkan tentang seorang lelaki dari keluarga kaya yang menjadi salah seorang detektif yang mahir dalam menangkap perompak.
Ahn Bo-hyun akan membawa watak sebagai Jin Yi-soo, lelaki yang datang dari keluarga yang kaya raya namun mengamalkan sikap berdikari. Di mana, terdapat satu kejadian yang menyebabkan dia menjadi sebahagian daripada kumpulan detektif.
Manakala Park Ji-hyun akan membawa watak sebagai Lee Kang-hyeon, polis wanita pertama yang menjadi ketua pasukan jenayah ganas.
Rata-rata penonton sudah tidak sabar untuk menantikan gandingan kedua pelakon ini selepas mereka berlakon bersama di dalam drama “Yumi’s Cells” sebelum ini.
Drama yang bertemakan romantik misteri ini akan mula ditayangkan pada Januari 2024.
Tak sabarnya nak tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.