Tak lama lagi, Ahn Bo-hyun berkemungkinan akan menemui penonton dengan drama baru!
Terbaru pada 12 Oktober, Ahn Bo-hyun dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama romantik bersejarah berjudul “Haeshi’s Shinru”, dengan watak sebagai putera raja Lee Hyang.
Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Ahn Bo-hyun menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Haeshi’s Shinru’ dan sedang menelitinya kini.
Berdasarkan webtoon, drama ini membawa kisah Lee Hyang iaitu seorang saintis bijak yang cintakan bintang dan Haeru, seorang wanita yang boleh melihat masa hadapan.
Sebelum ini, Kim Seon-ho menerima tawaran untuk watak yang sama namun telah menolaknya atas sebab tertentu.
Nantikan maklumat lanjut mengenai “Haeshi’s Shinru”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.