Ikuti Kami:

“Salah Ke Bercinta Ramai” – Kenapa Netizen Pertikai Song Hyekyo & Jennie BP Sebagai ‘Gila Lelaki’?

“Salah Ke Bercinta Ramai” – Kenapa Netizen Pertikai Song Hyekyo & Jennie BP Sebagai ‘Gila Lelaki’?

Kenapa apabila ada khabar angin percintaan antara selebriti Korea, mesti yang wanita akan menerima kritikan yang lebih.

Terbaru, Jennie BLACKPINK dikhabarkan sudah pun berpisah dengan V BTS meskipun tiada pengesahan berita yang mereka sedang menjalinkan hubungan. Pun begitu, terdapat ramai saksi mengatakan bahawa mereka ada ternampak kedua-dua idola itu bersama.

Kalau korang nak tahu, ahli BLACKPINK itu sebenarnya pernah mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama Kai EXO pada 2019 namun ianya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Selepas itu, Jennie turut digembar-gemburkan bermain kasih dengan G-Dragon dan V.

Dalam pada itu, nama Song Hye-kyo turut terkait sebagai seorang yang kerap bercinta dengan pasangan pelakon lelaki apabila pernah mengakui bercinta secara terbuka bersama Lee Byung-hun dan Hyunbin. Namun imejnya kian memburuk apabila perkahwinan bersama Song Joong-ki gagal di tengah jalan selepas 2 tahun bersama.

jennie song hyekyo

Komen netizen mengenai tanggapan berat sebelah masyarakat yang kerap menyalahkan pihak wanita,

Ramai je selebriti lelaki tertangkap langgan wanita di pusat hiburan dewasa, tapi mereka berdua sahaja yang dituduh dengan tajuk provokatif dan dikritik kerana ada pengalaman bercinta.

 

Mereka semua cemburu lah tu. Padahal korang pun banyak je bercinta.

 

Sebenarnya yang mengutuk tak pernah ada peluang untuk bercinta sebab itu mereka dengki.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...