Jennie BLACKPINK dilaporkan telah membeli sebuah flat mewah bernilai 5 bilion won (sekitar RM 17.7 juta) secara tunai.
Lapor Biz hankook, idola itu membeli sebuah vila di UN Village terkenal secara tunai tanpa menggunakan pinjaman bank. Dia juga dilaporkan telah mendaftarkan alamat barunya di pejabat perbandaran setempat.
Kompleks vila LaTerrace yang terletak di dalam UN Village itu dibeli pada bulan Julai 2023, di mana ia mempunyai lima bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan keluasan sebesar 244,970 meter per segi.
Dalam pada itu, pelakon Lee Jong-suk juga dikatakan memiliki seunit rumah di kompleks yang sama, meskipun saat ini dia menghuni Nine One Hannam.
Jennie dilaporkan memulakan proses pembelian rumah tersebut pada Februari 2021 dengan membayar wang muka sebanyak 10%, sekitar 500 juta won (sekitar RM1.7 juta). Biasanya, sisa pembayaran akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan tetapi ahli BLACKPINK itu dapat melunaskan baki bayaran untuk jangka masa yang lebih lama.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.