Ikuti Kami:

“Salah Ambil Pelakon..” – Lakonan Kim Dongjoon Dalam ‘Goryeo-Khitan War’ Dikritik Penonton

“Salah Ambil Pelakon..” – Lakonan Kim Dongjoon Dalam ‘Goryeo-Khitan War’ Dikritik Penonton

Biar betul?

Ketika membuat penampilan di rancangan “You Quiz On The Block”, pelakon Choi Soo-jong telah menceritakan kisah di mana dia dikritik selepas melakonkan watak sebagai raja dalam drama “Taejo Wang Geon”. Namun, dia telah membuktikan kebolehannya di dalam drama itu selepas drama tersebut berjaya mencapai rating sebanyak 60.5%.

Perkara yang sama turut berlaku sekali lagi, selepas ahli kumpulan ZE:A iaitu Kim Dong-joon sedang dikritik hebat oleh netizen pada masa kini. Ianya disebabkan oleh watak yang dibawanya dalam drama “Goryeo-Khitan War”.

Walaupun drama tersebut berjaya meraih rating yang tinggi mencapai 5.5% pada episod pertama dan 7.4% di episod kedua, rata-rata netizen masih lagi tidak berpuas hati dengan lakonan Kim Dong-joon.

goryeo-khitan war

Mereka berkata,

Macam salah ambil pelakon sebab Kim Dong-joon tak sesuai langsung dengan drama itu.

Meskipun dikritik oleh segelintir penonton, masih terdapat ramai lagi yang memuji lakonan lelaki itu. Malah, ada yang tidak menyangkakan bahawa pelakon tersebut merupakan penyanyi kerana lakonannya yang hebat.

Harap rating bagi drama ni makin meninggi! Mana tahu Dong-joon boleh jadi macam Choi Soo-jong kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...