Ikuti Kami:

“Sakitnya” – Babak Cha Jooyoung Ditampar Dalam ‘The Real Has Come’ Raih Pelbagai Reaksi Penonton

“Sakitnya” – Babak Cha Jooyoung Ditampar Dalam ‘The Real Has Come’ Raih Pelbagai Reaksi Penonton

Sepertinya Cha Joo-young masih lagi mengekalkan hubungan rapat bersama rakan pelakon “The Glory”.

Terbaru, wanita itu telah memuat naik tangkapan skrip babak dia ditampar di dalam drama “The Real Has Come”. Ianya disertai hashtag seperti,

#Sayanaikgila #Gilalah #TheRealHasCome #Tamparan

Melihatkan entri itu, Kim Hieora meninggalkan komen,

Siapa yang memukul awak?

Komen akaun KBS pula,

Minta maaf kerana kami tak dapat dilindungi awak.

cha jooyoung

Komen netizen lain pada entri tersebut,

Se-jin kami dilindungi

 

Mesti sakit sangat.

 

Saya sokong awak.

 

Ibu Se-jin = Mak Dong-eun kurang perasa

Untuk pengetahuan, “The Real Has Come” ialah drama mingguan KBS yang baru sahaja ditayangkan dan sudah mencapai lebih 20% kini. Diterajui oleh Ahn Jae-hyun dan Baek Jin-hee, Cha Joo-young membawa watak antagonis bernama Jang Se-jin yang menanam impian untuk berkahwin dengan lelaki kaya untuk kesenangan hidupnya.

Nampak sakit juga tamparan itu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...