Ikuti Kami:

Meski Dipuji Dalam ‘The Glory’, Lakonan Cha Jooyoung Buat ‘The Real Has Come’ Dikritik?

Meski Dipuji Dalam ‘The Glory’, Lakonan Cha Jooyoung Buat ‘The Real Has Come’ Dikritik?

Selepas menempa populariti dengan siri Netflix “The Glory”, Cha Joo-young tidak membuang masa dan memilih projek terbaru buatnya.

Sudah beberapa episod ditayangkan, nama pelakon wanita itu menjadi bualan ramai dalam drama mingguan “The Real Has Come” sebaris dengan teraju utama yang lain. Kekal membawa watak antagonis, namun karakter Jang Se-jin ini mempunyai sedikit kelainan dengan Choi Hye-jeong yang polos dan kalah dengan kuasa lebih kuat daripadanya.

Dalam “The Real Has Come”, Cha Joo-young perlu berlakon sebagai seseorang yang bercita-cita tinggi dan sangat penuh helah dan berbahaya. Disebabkan watak yang sedikit sukar ini, dia perlu mengawal sedikit emosi memandangkan dia cuba memasuki keluarga kaya namun tetap perlu nampak naif dan baik.

kbs the real has come

Pun begitu, ada sesetengah penonton yang mengkritik lakonan wanita dengan mengatakan bahawa dia sukar untuk menghidupkan watak yang sedikit berlainan daripada Choi Hye-jeong. Disebabkan oleh ekspresi yang berlebihan dan nada suara yang mendatar, penonton menjelaskan watak Jang Se-jin adalah lebih kepada memenatkan dan bukannya pendai berhelah.

Saya merasakan suara dan ekspresinya kurang sesuai dan agak sukar untuk ditonton.

 

Dia lebih sesuai dengan watak Choi Hye-jeong yang sedikit gila, suka menjerit dan jujur mengenai motifnya. Sepertinya dia kurang sesuai untuk watak Jang Se-jin.

 

Macam silap pilih pelakon sahaja..

cha jooyoung

Disebabkan drama mingguan di KBS sering menerima jumlah tontonan yang tinggi dan boleh mencapai rating hingga 20%, oleh itu terdapat lebih banyak suara yang mahu mengeluarkan pendapat mereka.

Walau bagaimanapun, majoriti penonton memuji lakonan Choi Hye-jeong di dalam siri ini dan mengatakan bahawa dia kelihatan lebih menyerlah daripada pelakon lain.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...