Rintangan yang melanda tidak menghalang Ahn Jae-hyun untuk kembali bangun dan mengorak langkah di dalam dunia lakonan.

Selepas 4 tahun “Love With Flaws” tamat, lelaki itu akhirnya melakukan comeback dengan drama terbaru iaitu “The Real Has Come” di mana ia disiarkan menerusi slot mingguan KBS.
Dalam drama berkenaan, Ahn Jae-hyun melakonkan watak Gong Tae-kyung iaitu seorang doktor Obstetrik & Ginekologi yang mengikat kontrak cinta bersama seorang wanita yang sedang hamil.
Baru 2 episod bersiaran, sudah pelbagai komen yang diberikan buat siri kekeluargaan berkenaan. Rata-ratanya memberikan pandangan buat lakonan Ahn Jae-hyun memandangkan lelaki itu sudah lama berehat,
Lontaran suara dan lakonan Ahn jae-hyun semakin baik?? Meskipun agak kekok lagi, tapi dia hanya perlu memperbaiki sebutannya. Mesti dia banyak berlatih.
Lakonan dia menampakkan yang dia berlatih berlakon, jadi ia agak janggal.
Ahn Jae-hyun masih lagi kekok..
Nampak sangat yang Ahn Jae-hyun banyak berlatih, apa salahnya puji dia.
Hmm… lakonan kedua-dua Baek Jin-hee dan Ahn Jae-hyun..
Dalam pada itu, episod pertama “The Real Has Come” berjaya mencapai rating sebanyak 17.7% dan meraih perhatian positif dari penonton.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉