Ikuti Kami:

“Sakit Pinggang & Lutut” – 14 Tahun Berlari, Ini Senarai Kecederaan Setiap Ahli ‘Running Man’

“Sakit Pinggang & Lutut” – 14 Tahun Berlari, Ini Senarai Kecederaan Setiap Ahli ‘Running Man’

Penonton setia “Running Man” selama 14 tahun pastinya tahu bahawa kesemua ahli mengalami sakit yang tak dijangka dalam tempoh yang panjang ini.

Walaupun jarang diceritakan namun beberapa ahli mengakui bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan dek terlalu bermain secara ‘fizikal’ dalam rancangan itu.

Yoo Jae-suk

Haha pernah mendedahkan sebelum ini bahawa buku lali Yoo Jae-suk pernah terpelecok malah dia turut mempunyai masalah belakang, tengkok dan jarinya. Bukan itu sahaja, pengacara No 1 itu juga pernah tercedera di bahagian dahi dan leher apabila tergelincir semasa menari lagu “Fake Love”.

yoo jaesuk

Ji Suk-jin

Baru-baru ini, Ji Suk-jin mengumumkan bahawa dia akan berehat seketika bagi menjalani pemeriksaan lanjut setelah mengalami masalah ketika pemeriksaan awalnya. Walau bagaimanapun, lelaki tua itu berjanji akan kembali ke “Running Man” secepat mungkin.

Haha

Haha pula mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah tulang belakang kini dan ianya sangat serius sehingga memerlukan rawatan lanjut seperti pembedahan.

Cakera ke-7 saya meletup secara serius namun saya tidak dapat mengatakan yang saya tidak sihat. Doktor kata yang saya hampir lumpuh.

Song Ji-hyo

Untuk Song Ji-hyo, dia pernah mendedahkan dalam siaran berasingan sebelum ini bahawa dia sudah mengalami sakit lutut yang teruk kini kerana kerap berlari. Selain itu, pelakon tersebut mendedahkan yang dia baru sahaja sakit baru-baru ini dan perlu berehat selama dua minggu lamanya.

Kim Jong-kook

Dalam salah satu episod sebelum ini, Kim Jong-kook pernah terkilas pergelangan kakinya semasa bermain bola dalam air sabun. Katanya,

Semasa misi bola itu, kaki saya terpelecok pada arah yang saya tak pernah rasakan langsung dalam hidup saya.

kim jongkook

Yang Se-chan

Dalam sedutan “Running Man” tak lama dulu, ahli lain mendedahkan yang Yang Se-chan baru sahaja selesai menjalani prosedur kecil kerana masalah kesihatan,

Dia tak boleh bersenam sikit pun dalam seminggu ni.

Bagi ahli lama, Jeon So-min pernah didedahkan mengalami keretakan pada tulang selangka kerana jatuh ketika di penggambaran. Dalam pada itu, Gary pula mempunyai masalah di bahagian bahu kerana ligamen yang pernah terkoyak.

Susah ya jadi mereka..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...