Ikuti Kami:

“Dia Dah Kurus..” – Song Jihyo & Kim Jongkook Rahsiakan Penyakit, Kesan Dek Aktif ‘Running Man’?

“Dia Dah Kurus..” – Song Jihyo & Kim Jongkook Rahsiakan Penyakit, Kesan Dek Aktif ‘Running Man’?

Tak semua yang kita nampak di televisyen itu adalah realiti sebenar. Sama seperti beberapa ahli “Running Man” yang merahsiakan penyakit mereka dari pengetahuan awam.

Terbaru, Song Ji-hyo telah ‘menyerbu’ siaran langsung Kim Jong-kook di saluran YouTube ‘GYM JONGKOOK’ dan sempat bercerita mengenai kehidupan peribadi masing-masing. Di awal perbualan, lelaki berbadan sasa itu telah mengomel pada wanita tersebut,

Tolong lah bersenam. Bukan ke dia terlalu kurus sekarang? Dia kehilangan banyak berat.

Jawab Song Ji-hyo,

Saya sakit sedikit baru-baru ni.. Apabila saya sakit, saya berehat selama dua minggu. Disebabkan saya asyik baring, rupanya saya menyukainya.

kim jongkook song jihyo

Dalam pada itu, Yoo Jae-suk turut sempat menghubungi mereka bagi berbual sebentar. Katanya apabila ditanya mengenai pelan 2024,

Tahun 2024? Saya berharap agar kesemua ahli kekal sihat. Semua orang pun jaga kesihatan. Jong-kook pun sebenarnya sakit gout tu.

Sebelum ini, mereka mendedahkan bahawa Ji Suk-jin berehat seketika dari rakaman “Running Man” kerana perlu menjalani pemeriksaan lanjut manakala Yang Se-chan juga ada menjalani pembedahan ringkas.

Pandai dorang sorok depan kamera kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...