Utama K-Pop Saham YG Entertainment Jatuh Mendadak Dek BLACKPINK Dilapor Bakal Keluar Agensi

Saham YG Entertainment Jatuh Mendadak Dek BLACKPINK Dilapor Bakal Keluar Agensi

blackpink

Agak-agaknya, bilakah YG Entertainment akan mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai status kontrak BLACKPINK?

Sebelum ini, terdapat pelbagai khabar angin yang menyatakan bahawa 3 ahli BLACKPINK iaitu Ji-soo, Jennie dan Lisa akan keluar dari YG Entertainment, serta hanya Rosé yang akan kekal bersama agensi tersebut.

Bagaimanapun, agensi secara konsisten memberi respon menyatakan tiada apa-apa yang disahkah lagi setakat ini.

Oleh itu, harga saham YG Entertainment telah ditutup pada 65,500 won pada 25 September, menandakan penurunan untuk hari keempat berturut-turut dan menjunam hingga ke 18.43%.

blackpink

Hal ini dipercayai berlaku kerana status kontrak BLACKPINK yang masih tidak jelas dan turut dipengaruh dengan pelbagai khabar angin melaporkan bahawa ahli tidak akan bekerjasama dengan agensi itu lagi.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMaeil Business
Loading...