Utama Celebrity News Sahabat Rapat, Gong Yoo & Son Heungmin Sambut Hari Jadi Bersama

Sahabat Rapat, Gong Yoo & Son Heungmin Sambut Hari Jadi Bersama

gong yoo son heungmin

Nampaknya, pelakon Gong Yoo dan pemain bola sepak Son Heung-min merupakan sahabat rapat!

Baru-baru ini, penggaya Lee Hye-young telah memuat naik satu foto di Instagramnya, menunjukkan Gong Yoo dan Son Heung-min menyambut hari jadi mereka bersama.

Untuk pengetahuan, hari lahir Son Heung-min adalah pada 8 Julai manakala Gong Yoo dilahirkan pada 10 Julai, menjadikan ulang tahun kelahiran mereka hanya selang 2 hari.

Dalam foto yang dikongsi, pelakon “Train to Busan” itu dilihat merangkul bahu Son Heung-min, memaparkan persahabatan utuh mereka.

Kalau korang nak tahu, Gong Yoo dan Son Heung-min mempunyai penggaya yang sama, mengekalkan persahabatan erat mereka sejak itu.

Sementara itu, netizen juga turut berasa seronok dan teruja melihat persahabatan rapat antara kedua mereka.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROSEN
Loading...