Ikuti Kami:

“Saya Takut Terluka..” – Dah 44 Tahun, Gong Yoo Akui Masih ‘Single’ Kini?

“Saya Takut Terluka..” – Dah 44 Tahun, Gong Yoo Akui Masih ‘Single’ Kini?

Sudah mencecah usia 40-an, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kisah cinta Gong Yoo.

Terbaru pada 23 Mei, Gong Yoo telah tampil dalam rancangan YouTube “Salon Drip”, yang dihoskan oleh pelawak Jang Do-yeon. Ketika sedang berborak, wanita itu bertanya kepada Gong Yoo tentang projek manakah yang dia fikir telah membentuk dirinya sekarang.

Tanpa teragak-agak, pelakon lelaki itu menjawab,

Saya akan katakan ‘Coffee Prince’. Segala-galanya tentang saya memang bermula dengan watak Choi Han-gyeol. Kerjaya saya bermula dengan cemerlang sejak itu.

Tambah Gong Yoo dengan menyatakan sebabnya,

Mengimbas kembali watak-watak yang saya lakonkan setakat ini, tidak ada watak seperti Choi Han-gyeol. Tiada watak lain yang meminati cinta seperti dia.

gong yoo jang doyeon

Kontra dengan personaliti dirinya yang sebenar, pelakon “Goblin” itu menjelaskan pendapatnya soal cinta,

Saya pula kurang keberanian dalam hal cinta jadi, saya iri hati dengan sikap Choi Han-gyeol terhadap cinta. Lebih sukar untuk mencintai apabila saya semakin tua.

Jelasnya lagi,

Saya rasa saya semakin mempertahankan diri saya seiring dengan peningkatan usia. Saya juga takut untuk terluka. Kadang-kadang, saya akan biarkan mereka keluar dari hidup saya tanpa mereka tahu perasaan sebenar saya.

Semoga Gong Yoo akan jumpa pasangan hidupnya suatu hari nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...