Ikuti Kami:

“Saat Yang Ditunggu” – Impian Tercapai, Park Eunbin Adakan Perjumpaan Peminat Hampir 3 Jam

“Saat Yang Ditunggu” – Impian Tercapai, Park Eunbin Adakan Perjumpaan Peminat Hampir 3 Jam

Nampaknya, Park Eun-bin telah berjaya merealisasikan impiannya untuk mengadakan acara perjumpaan bersama peminat.

Pada 3 September lalu, Park Eun-bin telah mengadakan acara perjumpaan peminat “2022 Park Eun Bin 1st FAN MEETING <Eun Bin’s Note: Bin Kan>” di Seoul.

Park Eun-bin membuka pentas dengan menyanyikan lagu “Poem For You”. Kemudian, dia meneruskan dengan pelbagai aktiviti seperti menjawab soalan dari peminat, bermain beberapa permainan bersama peminat dan bermacam lagi.

park eunbin

Ingin menyambut ulang tahun kelahiran Park Eun-bin iaitu pada hari berikutnya, peminat yang hadir turut memberikan kejutan buat pelakon itu dengan memegang slogan yang ditulis,

Saat kami bersama Park Eun-bin, kami dipenuhi dengan kebahagiaan.

Melihat projek yang disediakan peminat, Park Eun-bin tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya dan menitiskan air mata. Dia meluahkan,

Saya benar-benar bersyukur. Ini adalah saat yang ditunggu-tunggu, itulah sebabnya ia sebenarnya penuh dengan keseronokan baru dan bukannya kegugupan. Terima kasih banyak kerana menikmati masa ini bersama saya.

park eunbin fan meeting

Untuk pengetahuan, pada asalnya, acara pertemuan peminat Park Eun-bin dijadualkan berlangsung selama 120 minit bagaimanapun, dilaporkan bahawa ia telah berlanjut hampir 180 minit. Malah, Park Eun-bin turut dilaporkan mahu meluangkan masa bersama peminat sehingga had yang dibenarkan oleh masa sewa di lokasi.

Sayang betul Park Eun-bin dengan peminat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...