Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Ke-30, Park Eunbin Tayang Lambakan Hadiah Dari Peminat

Sambut Hari Jadi Ke-30, Park Eunbin Tayang Lambakan Hadiah Dari Peminat

Nampaknya, Park Eun-bin telah menyambut ulang tahun kelahirannya dengan meriah pada tahun ini!

Pada 4 September, bintang “Extraordinary Attorney Woo” iaitu Park Eun-bin telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30. Ramai peminat seluruh dunia telah menghantar bunga, hadiah dan kek sempena meraikan artis kesayangan mereka itu.

Menghargai sokongan dan kasih sayang dari peminat, Park Eun-bin telah memuat naik beberapa fotonya sedang bergambar di antara lambakan hadiah, yang hampir memenuhi satu ruangan bilik. Banyak betul!

park eunbin

Pelakon itu meluahkan rasa syukurnya dengan menulis,

#20220904

Terima kasih kepada semua cinta anda, saya gembira semalam, dan saya benar-benar gembira hari ini juga. Terima kasih kepada anda, nampaknya saya akan gembira esok juga!

Terima kasih banyak-banyak kerana mengisi kekosongan kebahagiaan saya hingga ke penuh. (Saya akan menyiarkan foto dari perjumpaan peminat kemudian). Terima kasih kerana menghantar ucapan selamat hari lahir kepada saya.

Terima kasih kerana mencintai saya.

Banyaknya hadiah Park Eun-bin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...