Ikuti Kami:

Ryu Junyeol & Jeon Yeobeen Akan Jadi Pengacara Di Festival Filem Antarabangsa Busan

Ryu Junyeol & Jeon Yeobeen Akan Jadi Pengacara Di Festival Filem Antarabangsa Busan

Nampaknya, peminat akan dapat lihat gandingan Ryu Jun-yeol bersama Jeon Yeo-been sebagai pengacara tak lama lagi!

Pada 14 September, Ryu Jun-yeol dan Jeon Yeo-been telah disahkan bakal mengacarakan majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-27, yang akan diadakan pada 5 Oktober ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, Ryu Jun-yeol pernah dijemput ke Festival Filem Antarabangsa yang ke-20 melalui dramanya “Glory Day”, manakala Jeon Yeo-been dijemput untuk Festival yang ke-22 menerusi siri “After My Death” dan berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

ryu junyeol jeon yeobeen

Dalam pada itu, Festival Filem Antarabangsa Busan ke-27, akan bermula tanpa sekatan ketat COVID-19 buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dan akan diadakan di Pusat Pawagam Busan selama 10 hari berturut-turut, bermula dengan majlis perasmian pada 5 Oktober nanti.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...