Ikuti Kami:

‘Running Man’ Dituduh Tiru Permainan Dari Luar Negara, Ini Jawapan SBS

‘Running Man’ Dituduh Tiru Permainan Dari Luar Negara, Ini Jawapan SBS

Umum mengetahui bahawa “Running Man” merupakan antara program yang sering menampilkan pelbagai misi atau permainan baru untuk kepuasan penonton.

Dalam era ‘kandungan yang melimpah ini’, isu mengenai plagiat sering menjadi kerisauan ramai. Menurut sebuah media Korea, “Running Man” sepertinya telah meniru permainan daripada saluran YouTube popular di luar negara. Malah ini bukanlah pertama kali program SBS itu didakwa ‘mencedok’ kandungan daripada sumber lain.

Pada tayangan istimewa ‘permainan 1/N’ 15 Mei lalu, Yoo Jae-suk, Yang Se-chan dan Jun So-min telah bermain satu permainan baru di mana mereka perlu memecahkan belon mengikut warna masing-masing menerusi beberapa halangan berbeza. Meskipun diperkenalkan sebagai permainan yang diinspirasikan daripada pelakon Ha Do-kwon, namun ianya dituduh kelihatan sama dengan satu misi di saluran YouTube di Australia dengan 11 juta langganan iaitu ‘How Ridiculous’.

sbs running man

Antara kandungan yang sama ialah apabila ahli perlu melompat atas deretan trampolin sambil memecahkan belon, kemudian menggunakan dat untuk memecahkan belon sebelum misi berakhir apabila belon paling besar dipecahkan oleh ahli pertama.

Jawab SBS mengenai tuduhan ini,

Kami menampilkan misi belon ini berdasarkan cabaran belon yang dipelajari daripada Ha Do-kwon.

Walaupun sukar untuk mendakwa permainan belon ini sebagai hak cipta sesiapa, namun komposisi turutan permainan itu seakan sama dengan ‘How Ridiculous’. Bahkan tiada sumber lain daripada pihak “Running Man’ membuatkan ramai mempercayaia kredibiliti program itu mengambil kandungan luar negara.

sbs running man

Jawab SBS tentang sumber kandungan mereka pula,

Sebagai prinsip, kami tak pernah memperkenalkan kandungan seperti permainan sebagai pembikinan sendiri dan kalau ada hak cipta, kami sentiasa menyebut sumbernya. Mengenai video itu, kami tidak menjelaskan mengenai sumber videonya kerana risau ia akan dianggap sebagai promosi.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...