Ikuti Kami:

Pemenang Episod Terbaru ‘Running Man’, Yoo Jaesuk Beri Hadiah Istimewa Buat Staf

Pemenang Episod Terbaru ‘Running Man’, Yoo Jaesuk Beri Hadiah Istimewa Buat Staf

Yoo Jae-suk sememangnya berhati baik!

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah berlawan antara satu sama lain dengan sokongan 100 staf. Sekiranya ahli yang disokong staf itu kalah maka staf tersebut akan tersingkir daripada permainan tersebut.

Ketika pusingan terakhir, hanya tinggal Yoo Jae-suk dan Yang Se-chan sebagai ahli yang tinggal dalam permainan itu. Selepas menggunakan papan roulette, akhirnya Yoo Jae-suk dipilih sebagai pemenang.

yoo jaesuk running man

Bagi 13 staf yang menyokong Yoo Jae-suk, mereka telah menerima minyak wangi berjenama.

Untuk menunjukkan sokongannya, lelaki itu turut memberikan hadiah tambahan buat mereka,

Saya akan memberikan hadiah peribadi buat semua yang menyokong saya.

Selepas tayangan itu, jurugaya Yoo Jae-suk iaitu Lee Joo-eun mendedahkan di Instagram Story foto minyak wangi berkenaan. Apabila ditanya mengenai hadiah peribadinya oleh pengikut, jawab wanita itu,

Ia adalah kad Starbucks bernilai 200,000 won (RM687).

yoo jaesuk running man

Jika dikira, Yoo Jae-suk membelanjakan hampir 2.6 milion won (RM8,938) untuk hadiah tersebut.

Baik kan Yoo Jae-suk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...