Ikuti Kami:

“Jongkook Nampak Panik” – Song Jihyo Tak Segan Luah Rasa ‘Cinta’ Buat Kim Jongkook

“Jongkook Nampak Panik” – Song Jihyo Tak Segan Luah Rasa ‘Cinta’ Buat Kim Jongkook

Kisah cinta antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo kian berbunga dalam “Running Man”!

Dalam episod terbaru ini, program itu telah mengacarakan episod istimewa iaitu ‘Lucky Race’ yang melibatkan 100 staf. Kesemua mereka akan memilih ahli yang dijangka akan memenangi misi itu dan akan tersingkir sekiranya ahli yang dipilih kalah.

Dalam misi kedua, kesemua ahli perlu menulis surat di atas silinder yang berputar dan ianya perlu diselesaikan secara berpasangan. Song Ji-hyo tanpa segan telah melaungkan sokongan buat Kim Jong-kook iaitu ‘teman lelaki program hiburan’nya. Sebagai penyokong, wanita itu turut menari lagu “Lovable” selain melemparkan ciuman tangan buat lelaki itu.

song jihyo kim jongkook

Melihatkan hal ini, luah Haha,

Awak dah gila ke?

Walaupun dengan sokongan pelakon wanita itu, Kim Jong-kook tetap gagal untuk menyelesaikan misi berkenaan. Lantas kesemua muka staf yang menyokongnya berubah dan bertukar kelam memandangkan mereka telah disingkirkan.

Comel lah Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...