Utama Rancangan Hiburan “‘Running Man’ Dah Tak Kelakar Ke?..” – Cha Taehyun Usik Kim Jongkook

“‘Running Man’ Dah Tak Kelakar Ke?..” – Cha Taehyun Usik Kim Jongkook

yoo jaesuk kim jongkook

Bukan BFF lah kalau tak mengusik satu sama lain kan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli telah menyertai misi untuk mengubah notis had umur buat rancangan itu.

Dipisahkan kepada tiga kumpulan berbeza, Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook menjalani misi berkumpulan mereka si agensi Atenna di mana mereka perlu menanyakan rakan selebriti jika mereka sudah makan dan menjemput untuk makan bersama.

Ji Suk-jin cuba menghubungi Yoo Yeon-seok namun menyedari bahawa dia tiada nombor telefon pelakon itu manakala Kim Jong-kook meminta Yoo Jae-suk untuk menghubungi Jeon Do-yeon tetapi pengacara itu mengatakan bahawa dia tidak mengambil nombor telefon wanita tersebut kerana berasa terbeban.

sbs running man

Kim Jong-kook pula seperti biasa akan menghubungi teman rapatnya iaitu Cha Tae-hyun. Walau bagaimanapun, pelakon tersebut sudah pun selesai menjamah makanan dan sedang dalam perjalanan ke luar bandar.

Apabila diberitahu bahawa dia sedang menjalani rakaman “Running Man”, usik Cha Tae-hyun,

‘Running Man’ tak kelakar dah ke hari ni?

Nafi Yoo Jae-suk,

Awak diam.. kami kelakar je.

sbs running man

Dalam pada itu, Cha Tae-hyun turut sempat berseloroh dan mengatakan supaya tidak memotong bahagian panggilannya ini.

Cha Tae-hyun dah macam keluarga..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar Today
Loading...