Ikuti Kami:

Episod Terbaru Catat Rating Terendah Bagi Tahun Ini, ‘Running Man’ Sukar Diselamatkan?

Episod Terbaru Catat Rating Terendah Bagi Tahun Ini, ‘Running Man’ Sukar Diselamatkan?

Tempoh hayat program 13 tahun bagi program hiburan Korea merupakan satu rekod yang perlu dibanggakan kan? Berikan tepukan gemuruh buat “Running Man”!

Sudah menjangkau 646 episod, sudah pelbagai keperitan dan rintangan yang dilalui program paling popular SBS ini. Malah sudah beberapa ahli asal yang meninggalkannya dan beberapa ahli baru juga ditambah bagi menaikkan lagi seri program itu.

Selesa dengan lingkungan rating 4% ke 5% selepas menukar ke slot tayangan baru iaitu pada jam 6.20 petang namun rancangan yang diketuai Yoo Jae-suk itu nampaknya melalui masa yang sukar kini apabila episod terbarunya hanya mencapai rating 3.6% iaitu rekod terburuk bagi tahun ini.

sbs running man

Bahkan angka itu setanding dengan terburuk yang pernah dicatatkan pada tahun lalu lantas meletakkan “Running Man” di posisi yang merisaukan. Bukan sahaja program ini, malah “2 Days 1 Night” yang bersiaran dalam slot yang sama turut menyaksikan catatan rating kurang memberangsangkan namun masih lagi daripada “Running Man”.

Setakat ini, Choi Hyung-in yang menggalas tanggungjawab sebagai pengarah produksi rancangan SBS tersebut cuba mengembalikan pelbagai elemen lama seperti misi percutian, menukar iklan bacaan had umur dan sebagainya. Diharapkan ia akan membantu program yang disertai Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Haha, Yang Se-chan, Kim Jong-kook, Jeon So-min dan Song Ji-hyo ke tahap yang lebih baik.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...