Utama Rancangan Hiburan ‘Running Man’ Buka Soalan Buat Penonton, Ramai Tanya Bila Lee Kwangsoo Akan...

‘Running Man’ Buka Soalan Buat Penonton, Ramai Tanya Bila Lee Kwangsoo Akan Muncul Semula

lee kwangsoo running man

Umum mengetahui bahawa Lee Kwang-soo sudah pun hampir 10 bulan meninggalkan “Running Man” kerana memerlukan rawatan intensif buat pergelangan kakinya yang cedera tak lama dulu.

Sejak itu, ramai yang berharap agar pelakon lelaki itu muncul di dalam program itu semula memandangkan dia yang kelihatan aktif dengan beberapa naskhah seperti “Sinkhole”, “The Pirates 2”, “Murderer’s Shopping List” serta program Disney+ terbaru iaitu ” The Zone: Survival Mission”.

Terbaru, akaun Instagram “Running Man” telah membuka peluang buat penonton untuk menanyakan soalan kepada ahli program itu sempena sambutan episod ke-600 nanti.

Walau bagaimanapun, kebanyakan soalan yang ditinggalkan di ruangan komen entri berkenaan adalah berkaitan Lee Kwang-soo.

Antara soalan penonton ialah,

Adakah Lee Kwang-soo akan kembali?

 

Kalau diberi pilihan, anda mahu bawa Kang Gary, Lee Kwang-soo atau Song Joong-ki kembali?

 

Ada tak kemungkinan Lee Kwang-soo akan muncul sebagai tetamu?

 

Bila nak jemput Lee Kwang-soo datang?

 

Lee Kwang-soo tak akan muncul sebagai tetamu ke? Rindunya~

 

Adakah Lee Kwang-soo akan kembali semula?

 

Tak ada rancangan ke untuk bawa Lee Kwang-soo sebagai tetamu?

 

Adakah anda rindu Lee Kwang-soo dan bila dia akan kembali?

 

Ada tak peluang Lee Kwang-soo untuk kembali?

 

Saya harap Lee Kwang-soo akan jadi tetamu dalam episod seterusnya.

lee kwangsoo running man

Sepertinya para peminat masih lagi menyimpan harapan agar Lee Kwang-soo supaya kembali menyertai “Running Man”.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...