Ikuti Kami:

“Kakinya Dah Ok?” – Sertai Program Hiburan Baru, Peminat Harap Lee Kwangsoo Kembali Ke ‘Running Man’

“Kakinya Dah Ok?” – Sertai Program Hiburan Baru, Peminat Harap Lee Kwangsoo Kembali Ke ‘Running Man’

Lee Kwang-soo ternyata merupakan figura yang popular dalam dunia hiburan. Hanya berbekalkan personaliti yang ‘masuk air’ sudah membuatkan lelaki itu menjadi kegemaran ramai di dalam “Running Man”.

Walau bagaimanapun, dek kecederaan pergelangan kaki yang dialami dua tahun lalu kerana kemalangan telah membataskan pergerakan pelakon tinggi lampai tersebut. Oleh itu, dia mengambil keputusan berat untuk meninggalkan program yang membawa namanya ke seluruh Asia pada tahun lalu.

Lebih aktif sebagai pelakon sejak kebelakangan ini seperti filem “Sinkhole” dan “The Pirates 2” serta drama “Murderer’s Shopping List”, ramai yang merindui perangai ‘gila-gila’ Lee Kwang-soo.

lee kwangsoo

Dalam pada itu, Lee Kwang-soo dikatakan menyertai program baru ini memandangkan ia dikelola oleh Hyo-jin PD iaitu pengarah asal “Running Man” dan merupakan individu yang membuka jalan untuk dia menceburi dunia program hiburan.

Untuk pengetahuan, “The Zone: Survival Mission” ialah program di mana ahlinya akan ditolak masuk ke dalam ruangan virtual asing dan syaratnya hanya satu sahaja – hadapinya sahaja tanpa sebarang persoalan.

Apa pun, asalkan Lee Kwang-soo gembira. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...