Ikuti Kami:

“Awak Pelakon Ke Penghibur?” – Popular Dek ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Kongsi Alami Krisis Identiti

“Awak Pelakon Ke Penghibur?” – Popular Dek ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Kongsi Alami Krisis Identiti

Tidak dinafikan Lee Kwang-soo meraih populariti yang tidak terkira dek wataknya yang menghiburkan dalam “Running Man”.

Pun begitu, siapa sangka pelakon itu mengalami kesukaran sebagai pelakon dan juga penghibur.

Menerusi program “Unexpected Business 2”, Jo In-sung berkongsi kisah mengenai Lee Kwang-soo yang mungkin tidak diketahui semua.

Kisah bermula apabila mereka menceritakan mengenai watak pelakon itu yang sukar seperti manusia ikan di dalam filem “Collective Invention”.

lee kwangsoo unexpected business 2

Dedah Lee Kwang-soo,

Lakonan ikan itu bukanlah CG tetapi lakonan sebenar semasa menyarungkan topeng. Saya tak boleh bernafas. Saya perlu memakai saluran oksigen dan berlakon kerana cahaya tidak boleh masuk ke dalamnya.

Tambah Jo In-sung pula,

Dia banyak melakonkan watak yang sukar. Dahulu, semasa kami minum bersama, Kwang-soo berkongsi kerisauannya. Sebagai contoh, identiti. Bukannya Kwang-soo yang meragui identitinya tetapi orang lain cuba membezakan luarannya dan bertanya, ‘Awak ini penghibur atau pelakon?’

jo insung unexpected business 2

Sambung lelaki itu,

Dia berusaha keras untuk melangkauinya. Akhirnya, Kwang-soo ialah kedua-duanya. Saya bukannya mahu menganalisis dia kerana saya tidak layak melakukan itu. Tetapi Kwang-soo telah membina karakter sendiri dan mampu melihat kerisauan itu.

Kemudiannya, kesemua yang ada di situ seperti Kim Woo-bin, Im Joo-hwan dan Cha Tae-hyun bangun untuk memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Tidak mendiamkan diri, Lee Kwang-soo berseloroh dan melambai-lambai seperti berada di majlis penganugerahan.

lee kwangsoo unexpected business 2

Cha Tae-hyun turut memuji,

Lee Kwang-soo bagus kerana dia menyertai banyak drama dan filem.

Bukan senang kan Lee Kwang-soo nak lalui soalan semua orang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...