Ikuti Kami:

Rumah Haechan NCT Dipecah Masuk Peminat Fanatik, SM Entertainment Beri Amaran

Rumah Haechan NCT Dipecah Masuk Peminat Fanatik, SM Entertainment Beri Amaran

Kalau minat artis pun, jangan lah sampai hilang kewarasan.

Terbaru, SM Entertainment telah mengeluarkan amaran berkaitan insiden di mana seorang ‘sasaeng’ (peminat tegar) telah menceroboh masuk rumah Haechan NCT.

Tegas mereka,

Hello, ini ialah SM Entertainment.

Kami ingin menyampaikan posisi berkaitan peningkatan tindakan yang mencerobohi kehidupan peribadi ahli NCT dengan teruk.

Kesemua ahli terseksa dek gangguan berterusan seperti melawat tempat berkaitan kehidupan seharian NCT pada saban hari tanpa kebenaran dan menunggu, mengikuti kenderaan, serta menghubungi dan mengambil gambar mereka di kawasan keselamatan lapangan terbang termasuklah di atas kapal terbang, mendapatkan informasi peribadi selain cuba menghubungi secara berterusan malah menyebarkan khabar angin palsu.

haechan nct

Jelas mereka mengenai satu kejadian mengejutkan,

Lebih-lebih lagi, pada penghujung November lalu, terdapat insiden di mana kediaman Haechan diceroboh sasaeng. Disebabkan dia tinggal bersama keluarga, bukan sahaja Haechan malah ahli keluarganya turut mengadu kerana terkesan secara psikologi.

Walaupun sasaeng yang terlibat dalam insiden itu telah didakwa, dan meskipun kes itu ditutup tanpa sebarang hukuman jenayah atas permintaan Haechan, ia memaparkan tahap keseriusan isu melanggar hak pribadi artis dan kami membuat keputusan untuk mendedahkan situasi ini bagi memberikan amaran supaya masalah ini tidak akan berulang lagi.

Kami sekali lagi menyatakan bahawa tindakan sedemikian bulankah satu kelakuan yang menunjukkan minat buat artis tapi ia menyebabkan ketakutan kepada mereka dan perbuatan mengintip ini memberikan kesan kepada bukan sahaja artis tapi keluarga dan kenalan terdekat mereka. Kami berharap agar ‘sasaeng’ berhenti melanggar kehidupan peribadi artis.

nct

Tidak mahu berselindung lagi, SM Entertainment berjanji akan mengambil tindakan tegas selepas ini,

Ke hadapan, kami akan bertindak dengan tegas terhadap kelakuan melanggar undang-undang ini seperti memecah rumah, membocorkan maklumat peribadi, dan pengintipan, Agensi akan mengambil tindakan undang-undang dalam apa cara sekali pun dan kami meminta anda tidak telibat dengan aktiviti memalukan ini.

Kami akan melakukan terbaik untuk melindungi artis pada masa hadapan.

Terima kasih.

Tak ada rasa hormat langsung..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...