Tak sangka masih ada peminat fanatik yang sanggup ikut NCT 127 kini.
Baru-baru ini, NCT 127 telah memuat naik video baru “Johnny Communication Center” di YouTube, menampilkan beberapa ahli iaitu Yuta, Do-young, Mark dan Johnny.
Walaupun teruja melihat ahli NCT127 itu bergembira meluangkan masa bersama, peminat nampaknya ‘kurang senang’ ketika melihat sekumpulan peminat fanatik yang tidak dikaburkan mukanya, dalam video berkenaan.
Menurut NCTzen (nama kelab peminat) peminat fanatik dalam video itu sudah terkenal dengan tindakan mereka yang tidak pernah berhenti mengintip aktiviti peribadi NCT 127 dan cuba untuk mencerobohi privasi mereka.
Antara komen yang ditinggalkan adalah,
Pada mulanya, saya fikir dia merupakan kakitangan yang menjaga NCT 127 tapi…saya rasa sangat terganggu sekarang.
Peminat fanatik ni semua ada masalah mental yang serius.
Dia sangat menakutkan.
Adakah mereka sengaja tak nak menutup muka dia?
Apa lah yang peminat fanatik ini nak sebenarnya?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉