Ikuti Kami:

‘Sticker’ NCT 127 Jadi Satu-Satunya Album K-Pop 2021 Duduki Carta Billboard 200 Selama 13 Minggu Berturut

‘Sticker’ NCT 127 Jadi Satu-Satunya Album K-Pop 2021 Duduki Carta Billboard 200 Selama 13 Minggu Berturut

Menjelang penghujung tahun 2021, album terbaharu NCT 127 “Sticker” masih lagi kukuh di carta Billboard 200!

Pada minggu ini, “Sticker” menduduki tempat ke-84 di Billboard 200, menandakan minggu ke-13 berturut-turut album tersebut duduk di dalam carta album utama Billboard.

Album “Sticker” NCT 127 kini menjadi satu-satunya album K-Pop yang dikeluarkan pada tahun 2021 yang menghabiskan masa 13 minggu berturut-turut di Billboard 200, menjadikannya album Korea paling lama dalam carta tahun ini (Album TXT “The Chaos Chapter: FREEZE” juga menghabiskan masa selama 13 minggu pada carta pada awal tahun ini, tetapi ia tidak berturut-turut).

“Sticker” juga kekal kukuh di No. 2 pada carta Album Dunia Billboard, No. 6 pada carta Album Bebas, No. 9 pada carta Penjualan Album Semasa Teratas dan No. 13 pada carta Jualan Album Teratas. Hanya dua artis K-Pop lain yang pernah berjaya duduki carta Billboard 200 selama 13 minggu berturut-turut, iaitu BTS dan BLACKPINK.

nct 127 sticker billboard chart

Selain itu, NCT 127 menduduki di No. 88 pada carta Artis Billboard 100 minggu ini. Tahniah NCT 127 atas pencapaian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...