Ikuti Kami:

“Rumah Dia Macam Makmal Uji Kaji” – Ramai Terkejut Rumah Baru Heechul Serba Putih

“Rumah Dia Macam Makmal Uji Kaji” – Ramai Terkejut Rumah Baru Heechul Serba Putih

Penyanyi Kim Hee-chul baru-baru ini berkongsi dekorasi dalaman rumah barunya. Wah, mesti cantik!

Dalam satu rancangan hiburan terbitan SBS, “My Little Old Boy”, Lee Sang-min, Kim Jun-ho, Kim Jong-kook dan Oh Min-seok datang ke rumah Hee-chul yang baru sahaja berpindah ke rumah baru.

Mereka yang buat pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Hee-chul, mereka sangat terpegun dengan hiasan dalaman rumah barunya yang bertemakan serba putih. heechulDaripada bahagian hadapan pintu, ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air, semuanya dihiasi dengan dekorasi serba putih. Dari situ juga, kita dapat lihat bagaimana Hee-chul sebenarnya seorang yang sangat pembersih.

Mereka juga sempat berseloroh,

Perasan tak rumah dia macam makmal uji kaji perang dunia. Terus rasa macam rambut bertukar ke putih. 

Kim Jong-kook menyambung,

Saya tak boleh lah duduk lama kat sini.. saya kena hubungi Dr Oh Eun-young.

heechulAla… tapi cantik aje rumah Hee-chul.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...