Ikuti Kami:

“Rugi Dia Kahwin Awal..” – Netizen Kagum Park Shinhye Miliki Abs Meski Sudah Miliki Seorang Anak

“Rugi Dia Kahwin Awal..” – Netizen Kagum Park Shinhye Miliki Abs Meski Sudah Miliki Seorang Anak

Ingat senang ke nak ‘maintain’ badan yang fit sebagai seorang selebriti? Walaupun baru bersalin, kebanyakan pelakon wanita terus menjaga badan mereka agar kekal langsing.

Antara dari mereka ialah Park Shin-hye di mana dia yang sudah pun setahun melahirkan anak dilihat semakin aktif dalam dunia seni kini. Antara aktiviti terbarunya ialah drama bersama Park Hyung-shik iaitu “Doctor Slump” selain turut menjalani perjumpaan peminat ‘Memory Of Angels’ baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila wanita itu dilihat langsing dalam beberapa keping foto yang dimuat naik oleh agensinya, SALT Entertainment di laman web rasmi mereka. Bahkan kemunculan abs di perut Park Shin-hye membuktikan bahawa dia bekerja keras membina badan selepas bersalin dan sebelum kembali ke dunia seni.

park shinhye

Sesiapa yang mengikuti kemas kini isteri Choi Tae-joon itu pastinya tahu bahawa dia kerap menghadiri kelas pilates dan yoga sekaligus membantu menjaga badannya dengan baik dan memiliki bentuk fizikal diidami ramai wanita di luar sana.

Menjengah ke ruangan komen,

Pelakon kegemaran saya.. rugi betul dia kahwin awal.

 

Siapa percaya yang visual itu ialah ibu di usia pertengahan 30-an?

 

Cantik cantik sangat! Tak sabar nak tonton ‘Doctor Slump’.

 

Saya suka tengok dia berlakon.

Cantik kan Park Shin-hye?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...