Syarat utama nak jadi artis, kenalah kental melalui asam garam untuk menjaga diri dari sudut fizikal dan mental.
Dalam episod terbaru “Doctor Free”, pelawak Kim Mi-ryeo mendedahkan kehidupan barunya selepas melalaui diet tegang. Malah dia mengakui bahawa rahsia penjagaan badan itu diambil dari bintang popular seperti Suzy dan IU.
Katanya, dia mengamalkan diet susu di mana rutin makanan mereka pasti ada susu dalam menunya. Malah pelawak tersebut tak mengalami isu yo-yo iaitu berat turun dan naik.
Sokong doktor perubatan keluarga, rutin ‘susu’ itu layak mendapat markah penuh buat sesiapa yang ingin cuba menjaga badan,
Susu, ialah makanan cukup zat dan ia boleh membantu menjaga kesihatan dan diet. Ianya satu gaya hidup yang boleh dijadikan contoh.
Tambah hosnya,
Patutlah rutin diet Uhm Jung-hwa, Suzy, Park Shin-hye, dan IU sentiasa ada susu.
Wow!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.