Ikuti Kami:

Rosé BLACKPINK Dituduh Ambil Dadah Di Los Angeles , YG Entertainment Beri Respon

Rosé BLACKPINK Dituduh Ambil Dadah Di Los Angeles , YG Entertainment Beri Respon

Tidak semena-mena, Rosé BLACKPINK telah dituduh mengambil dadah..

Sebelum ini, saluran media hiburan Cina telah menimbulkan syak wasangka bahawa Rosé telah mengambil dadah semasa di parti bersama kenalannya di Los Angeles.

Untuk pengetahuan, dakwaan tersebut mula timbul apabila seorang pengarah kreatif dari jenama asing telah menyiarkan gambarnya bersama rakan-rakan termasuk Rosé, sedang menikmati pesta bersama. Dalam gambar tersebut, terdapat sebuah objek yang disyaki adalah dadah, di atas meja.

Setelah pelbagai khabar angin dan spekulasi dibuat, YG Entertainment akhirnya tampil memberi respon mengenai tuduhan berkenaan.

blackpink rosé

Jelas agensi,

Ini adalah YG Entertainment.

Kami ingin memberitahu bahawa khabar angin berkaitan Rosé BLACKPINK yang tersebar di beberapa komuniti dalam talian dan media sosial adalah jelas palsu.

Kami sedang meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami. Kami sedang memantau dan memerhati mereka yang mencipta dan menyebarkan khabar angin. Kami tidak akan berpuas hati dan bakal bertindak balas dengan kuat.

Semoga akan ada tindakan yang sewajarnya buat si penuduh.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...