Ikuti Kami:

Romantik VS Bengis, Penonton Pilih Sisi Terbaik Son Sukku Antara ‘My Liberation Notes’ & ‘The Roundup’

Romantik VS Bengis, Penonton Pilih Sisi Terbaik Son Sukku Antara ‘My Liberation Notes’ & ‘The Roundup’

Tidak dinafikan bahawa Son Suk-ku merupakan antara bintang lelaki yang menjadi kegilaan ramai di Korea kini.

Bahkan lelaki itu tersenarai di No 1 selama empat minggu berturut-turut kini dalam ranking pelakon drama paling trending.

son sukku my liberation notes

Populariti Son Suk-ku ternyata lahir daripada drama “My Liberation Notes” dek keserasiannya bersama Kim Ji-won. Malah pandangan mata yang tajam serta ciri-ciri teman lelaki idaman yang dipaparkannya sebagai Mr. Gu nyata membuatkan ramai tak keruan.

Ternyata pelakon berbakat, Son Suk-ku turut tampil berbeza sebagai antagonis Kang Hae-sang yang menggantikan tokan Jang Chen (Yoon Kye-sang) dalam “The Roundup 2”. Bahkan lelaki itu langsung tak takut untuk membunuh demi wang dan berlawan dengan polie ganas yang dilakonkan oleh Ma Dong-seok.

son sukku the roundup 2

Disebabkan oleh watak berbeza ini, rata-rata penonton meluahkan watak Son Suk-ku yang lebih disukai mereka,

Saya suka sisi romantik Son Suk-ku.

 

Saya suka Son Suk-ku beraksi dalam filem aksi berkarisma.

 

Kedua-dua watak best!

Korang pilih yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...