Ikuti Kami:

Asal Keluarga Kaya, Kenali Son Sukku Yang Jadi Sebutan Dek ‘My Liberation Notes’

Asal Keluarga Kaya, Kenali Son Sukku Yang Jadi Sebutan Dek ‘My Liberation Notes’

Siapa yang layan “My Liberation Notes”, pastinya dah jatuh hati dengan Son Suk-ku kan?

Walaupun tidak mempunyai dialog yang banyak pada awalnya, namun persona yang ditampilkannya serta panahan mata dan lenggok badan yang menggoda sebagai Mr. Gu nyata membuatkan ramai penasaran.

Biasa berlakon dalam drama dan filem sebelum ini, pastinya anda semua ingin tahu mengenai salasilah kehidupan pelakon ini kan?

Anak keluarga kaya suka cabaran

Untuk pengetahuan, Son Suk-ku dilahirkan pada tahun 1983 dan berimpian untuk menjadi pengarah dokumentari. Malah lelaki itu mengambil jurusan pembuatan filem di kolej dan mempunyai ijazah daripada Institut Seni Chicago.

son sukku

Son Suk-ku sebenarnya merupakan selebriti yang lahir dalam keluarga kaya di mana syarikat yang dimiliki oleh mereka mempunyai pendapatan tahunan sebanyak 5.5 bilion won. Tidak mahu mengikut jejak langkah yang sudah dibentangkan dengan mudah, lelaki itu memilih untuk mencuba sesuatu yang baru dengan penuh cabaran.

Tidak takut mencuba sesuatu yang baru, Son Suk-ku belajar di Amerika Syarikat sejak sekolah menengah rendah dan sempat mendaftarkan diri dalam perkhidmatan ketenteraan di Iraq. Selepas kembali ke Amerika Syarikat, dia melalui kehidupan sebagai pekerja biasa sebelum menyimpan duit untuk berpindah ke Kanada.

son sukku

Mula berlakon secara serius

10 tahun di perantauan, Son Suk-ku pulang ke tanah air tercinta dan memulakan karier sebagai pelakon. Dia bermula sebagai pelakon tetaer di Daejeon dan menyertai barisan koir di Universiti Seoul. Dengan bantuan rakan sekerja, lelaki dengan ketinggian 178cm itu menulis resuma untuk dihantar ke agensi pencarian bakat. Selepas melalui pelbagai rintangan, Son Suk-ku akhirnya berjaya membuka langkah di dalam industri yang sengit ini.

Hanya di usia 31 tahun, Son Suk-ku berjaya meletakkan diri dalam filem studio profesional. Pada 2014, dia dipilih untuk mengambil watak kecil dalam filem “Scarlet Innocence”. Sebelum itu, dia pernah berlakon di Kanada tapi dalam filem Indie sahaja.

son sukku

‘My Liberation Notes’ lonjak nama

Setakat ini, Son Suk-ku sudah membintangi 19 produksi termasuklah 9 filem dan 10 rancangan TV. Namun, dalam kesemuanya, dia hanya membawa watak sampingan sahaja. Meskipun jarang menjadi hero namun naskhah yang disertainya boleh tahan popular. Antaranya ialah “D.P.”, “Designated Survivor: 60 Days”, “Be Melodramatic”, “Romance Without Love”, “The Roundup” dan “Jirisan”.

Dengan kejayaan “My Liberation Notes” selain keserasian yang hebat bersama Kim Ji-won, Son Suk-ku dijangka akan menjadi rebutan ramai produser filem dan drama selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...