Siap sedia semua untuk drama baharu Lee Jun-ki!
Pada 5 April, telah berlangsungnya sidang media bagi pelancaran drama “Again My Life” yang dibintangi oleh Lee Jun-ki, Kim Ji-eun, Kim Jae-kyung dan ramai lagi.
Ianya membawa kisah tentang Kim Hee-woo (Lee Jun-ki), seorang pelajar sekolah menengah yang gred akademiknya agak teruk. Melalui kerja keras, Kim Hee-woo berjaya memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan peguam. Dia kini bekerja sebagai pendakwa yang bersemangat. Semasa dia menyiasat kes rasuah yang berkaitan dengan ahli politik, dia dibunuh oleh lelaki yang tidak dikenali. Tetapi Kim Hee-woo bangun, dan mendapati dirinya hidup semula.
Mengejutkan apabila Lee Jun-ki mendedahkan bahawa pada awalnya dia enggan untuk membintangi dalam projek ini, disebabkan satu kebimbangan. Katanya,
Sebab mengapa saya mempunyai banyak kebimbangan pada mulanya ialah, saya sudah memainkan peranan aktif dan utama serta menunjukkan pelbagai aksi dan lakonan emosi dalam karya saya sebelum ini, jadi saya takut saya mungkin akan memainkan watak yang sama lagi. Itulah sebabnya saya mengambil masa yang lama untuk berfikir dan memberikan keputusan saya mengenai drama ini.
Bagaimanapun, skrip “Again My Life” telah diberikan kepada Lee Jun-ki sekali lagi dan kali ini dia membuat keputusan untuk membintangi drama tersebut. Dia menyatakan,
Saya rasa ia benar-benar ditujukan untuk saya. Apabila saya tidak dapat memberikan jawapan kepada karya saya selepas banyak pertimbangan, syukur, saya diberi peluang sekali lagi. Saya membaca skrip dengan lebih teliti dan dengan pemikiran yang berbeza pada kali kedua.
Mengenai kebimbangan ‘replikasi diri’ yang dia bimbangkan sebelum ini, Lee Jun-ki berkongsi bahawa dia percaya Kim hee-woo mungkin kelihatan serupa dengan wataknya yang sedia ada, tetapi boleh memberikan perasaan yang berbeza.
Tonton “Again My Life” pada 8 April ini di saluran SBS dan Viu!